Friday 29 October 2021

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) mengantikan BPR 2021.

*Ehsan dari Berita Harian, Metro dan MOF berteraskan bajet 2022 yang dibentangkan 29/10/2021*


Kerajaan mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia. Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.





Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan

Dalam pembentangan bajet ini, Tengku Zafrul memaklumkan;

“Bantuan Keluarga Malaysia akan diperkenalkan di bawah inisiatif bantuan tunai langsung, BKM salurkan bantuan RM2,000 kepada isi rumah yang ada tiga orang anak atau lebih dengan kadar isi rumah bawah RM2,500”

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin.”

Selain itu katanya, ibu atau bapa tunggal  yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.

‘Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan  adalah sebanyak RM2,500.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan melibatkan RM8.2 bilion,” katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Bajet 2022  ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman BKM ini dapat membantu memulihkan kembali enonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. 

No comments:

Post a Comment

Latest

Warrior Forum  is the world's largest Internet Marketing Community and Marketplace. as per my favorite reading blog site>>>>...